Hasil ternakan dijual secara pukal, iaitu secara hidup kepada pelanggan, tetapi syarikat juga mempunyai pelbagai strategi pemasaran untuk menjual lembu proses (carcase) melalui perjanjian kontrak, runcit serta kedai Daging Segar yang berkonsepkan moden dan bersih.
Perjanjian Kontrak
Konsep pemasaran daging lembu kepada pusat peruncitan besar seperti pasar raya besar, hotel, restoran, pengendali dewan makan asrama sekolah dan universiti, pengusaha kantin sekolah, kilang, syarikat swasta dan sebagainya. Syarikat juga akan menyertai tender pembekalan ternakan sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan atau syarikat swasta seperti Bank Pembangunan Islam yang saban tahun memerlukan ratusan ekor lembu untuk disedekahkan kepada umat Islam di seluruh dunia.Runcit
Syarikat turut merancang menyediakan khidmat jualan daging runcit secara bergerak menggunakan kenderaan di kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi seperti konsep yang digunakan oleh penjual ikan, sayur, roti atau ais krim. Harga jualan adalah sama dengan harga pasaran runcit. Konsep ini dijangka mendapat sambutan berikutan kesibukan tugas pengguna pada masa sekarang untuk keluar ke pasar atas pelbagai faktor, termasuk kesesakan lalu lintas serta tempat letak kereta yang lazimnya amat terhad di pasar-pasar besar seperti Seremban.Kedai
Pembukaan kedai yang berkonsepkan moden dan ‘high market’ di kawasan tumpuan ramai, dilengkapi kemudahan lengkap dengan mesin-mesin, chiller, display chiller, ruang jualan berhawa dingin, kebersihan tahap tertinggi di premis serta produk-produk daging yang berkualiti dan menarik untuk jualan. Rujukan konsep kedai ini sama seperti kedai ‘Ayamas’ dengan ruang berkaca di bahagian hadapan premis, lantai yang berjubin serta konsep moden dan ceria untuk menarik pelanggan.Melalui konsep ini, hanya daging segar dijual kepada pengguna pada harga yang sama seperti di pasaran, selain produk daging yang sudah diadun untuk terus dimasak mengikut selera pengguna.
Kami juga menyediakan khidmat penghantaran daging segar terus ke pintu rumah pengguna bagi memudahkan orang ramai menikmati daging segar dan membantu suri-suri rumah yang tidak mempunyai kenderaan untuk keluar berbelanja. Sambutan yang di terima sehingga kini adalah amat memberansangkan.
KURBAN / AQIQAH
Menyumbang kepada keuntungan Syarikat yang paling besar kerana ia melibatkan tukaran mata wang asing yang amat besar kerana KURBAN dan AQIQAH di jalankan aktiviti penjualan lembu di luar negara seperti di negara negara Eropah dan kegiatan Kurban dan Aqiqah di jalankan di negara miskin seperti Kemboja di mana harga lembu yang murah serendah RM500-00 seekor. Dengan ini Syarikat akan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Di anggarkan seekor lembu sahaja Syarikat mendapat keuntungan RM10,000-oo.