DENGAN USAHASAMA
1) PENGENALAN SYARIKAT
Eastana Farm Industries Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang beroperasi melalui anak syarikatnya Farm Fresh Industries dalam bidang berteraskan pertanian dan perternakan. Bidang aktiviti syarikat tertumpu kepada sektor penternakan dengan projek perintis adalah penternakan lembu secara komersial dengan memperluaskan aktiviti kepada perniagaan hiliran ternakan seperti kedai jualan daging segar dan pemprosesan produk-produk makanan berasaskan daging.
Syarikat ini mula bergiat cergas pada awal tahun 2007 dengan alamat berdaftar di 47-1, Jalan TKS 7, Taman Komersial Senawang, 70450, Senawang, Negeri Sembilan serta alamat pusat jualan di No 158-G, Jalan Taman Komersial Senawang 1, (Taipan), Taman Komersial Senawang, 70450, Senawang, Negeri Sembilan.
Penubuhan Farm Fresh Industries secara rasmi pada 6 Mac 2007 adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melihat lebih ramai Bumiputera terbabit dalam bidang perniagaan di negara ini. Tumpuan aktiviti kepada bidang penternakan dan jualan hasil-hasil ternakan adalah bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan makanan yang diimport yang bernilai berbilion ringgit saban tahun.
Menyedari hakikat tersebut, Farm Fresh Industries telah mengambil initiatif untuk melabur dengan membuka pusat jualan Daging Segar berkonsep moden, bersih, berhawa dingin dan berkualiti yang pertama di Negeri Sembilan. Pembukaan kedai Daging Segar Farm Fresh pada 25hb Jun 2007 telah mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat yang telah lama menunggu pusat jualan daging segar yang seumpamanya diusahakan. Sokongan dan sambutan positif juga diterima dari pelbagai Jabatan Kerajaan yang menyokong penuh pembukaan pusat jualan Daging Segar Farm Fresh yang pertama seumpamanya.
2) LATAR BELAKANG SYARIKAT
Eastana Farm Industries Sdn Bhd
Nama Syarikat | : | Eastana Farm Industries Sdn Bhd |
No Pendaftaran | : | 706301-V |
Tarikh Daftar | : | 23 September 2007 |
Bentuk Perniagaan | : | Perkongsian |
Status Syarikat | : | Bumiputera 100% |
Alamat Berdaftar | : | 47-1, Jalan TKS 7, Taman Komersial Senawang, 70450, Senawang, Negeri Sembilan |
Alamat Operasi | : | No 27, Kampung Mertang, Seri Menanti, 71550, Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
Alamat Pusat Jualan | : | 158-G, Jalan Taman Komersial Senawang 1 (Taipan), Taman Komersial Senawang, 70450, Senawang, Negeri Sembilan |
Farm Fresh Industries
Nama Syarikat | : | Farm Fresh Industries |
No Pendaftaran | : | NS0025393-D |
Tarikh Daftar | : | 6 Mac 2007 |
Bentuk Perniagaan | : | Perkongsian |
Status Syarikat | : | Bumiputera 100% |
Alamat Berdaftar | : | No 777, Jalan Lavender 23, Lavender Heights, 70450, Senawang, Negeri Sembilan |
Alamat Operasi | : | No 27, Kampung Mertang, Seri Menanti, 71550, Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
Alamat Pusat Jualan | : | 158-G, Jalan Taman Komersial Senawang 1 (Taipan), Taman Komersial Senawang, 70450, Senawang, Negeri Sembilan |
4) PEJABAT LUAR NEGARA
Eastana ACG
4 SHKURTI Str Trebicka 2, No 19,
Tirana, ALBANIA
Contact Person: Yahia Farwati
Contact No: +355682021566
Europe Regional Head Office
Eurasia Business Line,
Markt 1, 21509, Glinde,
GERMANY
Contact Person: Saifuddin Omar
Contact No: +491773012255
Middle East
Malaysia Truly Asia Restaurant & Café,
Hail Hijrah, Makkah,
SAUDI ARABIA
Contact Person: Azlan Shah
Contact No: +966562749791
Indonesia
PT Eastana Nusantara
No. 10, Villa Nusa Indah, Jalan NUsa Indah Raya,
Blok S2, Gunung Putri,
Bogor, INDONESIA
Contact Person: Mulyadi SH.
Contact No: +622182424478
5) LATAR BELAKANG PENGARAH
Syed Shareezally Bin Syed Aualadali
Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kursus Ekonomi dan Psikologi Perindustrian. Berpengalaman luas dalam bidang perniagaan sejak di kampus sebelum memulakan kerjaya tetap dengan syarikat pembinaan, perhotelan dan pengeluar makanan.Berkhidmat selama 13 tahun di luar negara, khususnya di Eropah, bermula sebagai Eksekutif sehingga ke jawatan terakhir sebagai Pengarah Pemasaran dan Operasi bagi seluruh Eropah.
A Halim Bin A Rahman
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam kursus Sains Kemanusiaan (Pengkhususan Komunikasi Massa) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memulakan kerjaya di UIAM dan UIAM Holdings sebelum menyertai Putrajaya Holdings dan Samsung Group.Memulakan perniagaan sendiri sejak tahun 2000 dengan tumpuan dalam bidang pertanian, penternakan, sajian makanan dan sektor perkhidmatan seperti percetakan dan pembekalan.
Pengalaman dalam bidang pertanian dan penterkanan diperoleh sejak usia tujuh tahun dengan membantu keluarga mengusahakan kebun dan penternakan lembu sebelum meneruskan pengajian ke sekolah asrama di Gemencheh dan UIAM dan kembali semula dalam bidang pertanian secara sambilan sepanjang bekerja dengan pelbagai majikan sebelum mengendalikannya secara sepenuh masa selepas menamatkan perkhidmatan di syarikat Samsung.
Puan Asnija Binti Harun
Berpengalaman selama tiga tahun sebagai eksekutif pentadbiran dan sumber manusia di sebuah syarikat kontraktor di Batu Pahat, Johor dengan skop tugasan memastikan kelicinan pentadbiran syarikat serta mengawasi lebih 100 kakitangan pentadbiran serta tenaga kerja di lapangan.Beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 2005 kerana berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan selepas suami dilantik menerajui operasi sebuah syarikat swasta di Negeri Sembilan.
Perunding
En Azizan Bin Abdullah berkelulusan dan berpengalaman luas dalam bidang pertanian, pernah berkhidmat dengan pelbagai syarikat, termasuk Kumpulan Guthrie Bhd dan menjadi perunding kepada agensi kerajaan seperti Felcra, Risda, Kesedar, NAFAS, Ketengah, KLLT, LKPP Pahang dan SLDB selain syarikat swasta.Beliau pernah membimbing penubuhan dan pemasaran 2,000 ekor lembu melalui sistem fidlot, pembangunan ladang jagung dan penternakan ikan air tawar untuk beberapa syarikat swasta di Kelantan dan Negeri Sembilan.
7) KERATAN AKHBAR
EFI, KUMB meterai perjanjian usahasama tingkat hasil penternakan
SEREMBAN 17 April - Syarikat Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. (EFI) memeterai satu perjanjian usaha sama dengan Koperasi Usahawan Melayu Berhad (KUMB) di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meningkatkan hasil penternakan dan industri asas ternak di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif EFI, Syed Shareezally Syed Aualadali berkata, perjanjian usaha sama itu akan menguntungkan EFI dan KUMB kerana kedua-dua pihak boleh berkongsi kepakaran teknologi dan jaringan dagangan.
''Kedua-dua pihak optimis langkah ini akan membantu mengembangkan rangkaian perniagaan dan meluaskan pasaran produk EFI kerana KUMB memiliki jaringan dagangan yang besar.
''EFI pula akan memainkan peranan dengan menyumbang kepakaran, rangkaian perniagaan dan teknologi bagi menyokong misi KUMB untuk melahir dan membangun lebih ramai usahawan dalam bidang penternakan, pemprosesan daging serta hasil ternakan," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Ujar Syed Shareezally, EFI merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera yang sedang bergiat secara aktif dalam projek-projek pertanian dalam dan luar negara.
Jelasnya, EFI berkepakaran dalam mengusahakan projek penternakan, pemasaran dan pemprosesan hasil ternakan, terutamanya lembu dan telah bertapak di bandar ini melalui anak syarikatnya, Farm Fresh Industries.
''Di samping itu, EFI turut mengendalikan kedai runcit daging segar berkonsep butik dan memasarkan jenama 'Daging Segar' di bandar ini," kata beliau.
Tambah Syed Shareezally, melalui usaha sama ini, EFI dan KUMB melaksanakan program kerjasama pintar untuk mencapai sasaran penubuhan lebih 50 kedai butik Daging Sedar di seluruh negara tahun ini dan keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli KUMB.
Selain itu, kata beliau, EFI dan KUMB akan melancarkan Program Usahawan Terpilih dan Sistem Perladangan Kontrak Ternakan Fidlot di mana pengusaha-pengusaha yang terpilih akan menternak lembu melalui sistem pawah.
Jelas beliau, usaha itu juga bertujuan untuk menampung permintaan pasaran yang tinggi terhadap daging lembu sekali gus membekalkan keperluan kepada rangkaian butik Daging Segar dengan anggaran keperluan purata 5,000 ekor setiap bulan.
''Kita semua maklum permintaan terhadap daging lembu di pasaran melebihi daripada bekalan dan diharap inisiatif ini dapat menyeimbangkan suasana pasaran," tambah beliau.
Sehubungan itu, Syed Shareezally berharap usaha sama strategik EFI dan KUMB ini akan membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import yang nilainya mencecah berbilion ringgit setiap tahun.
Rujukan sila Klik di bawah ini: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0418&pub=utusan_malaysia&sec=selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive
Eastana Farm, KUMB jalin kerjasama
EASTANA Farm Industries Sdn Bhd, syarikat yang bergiat aktif dalam perniagaan pertanian, akan bekerjasama dengan Koperasi Usahawan Malaysia Bhd (KUMB) bagi meningkatkan bilangan usahawan dalam sektor penternakan.
Perjanjian bagi usaha sama berkenaan dimeterai kedua-duanya baru-baru ini.
Di bawah perjanjian itu, Eastana Farm dan KUMB akan berkongsi kepakaran teknologi dan jaringan dagangan bagi mengembangkan perniagaan dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan lumayan.
EFI mengusahakan projek penternakan, pemasaran dan pemprosesan hasil ternakan, khususnya lembu serta mengendalikan kedai runcit daging segar menggunakan jenama `Daging Segar' melalui anak syarikatnya, Farm Fresh Industries di Seremban.
Ketua Eksekutif Eastana Farm, Syed Shareezally Syed Aualadali, berkata usaha sama itu bakal mewujudkan situasi menang-menang kerana KUMB mempunyai jaringan dagangan luas, sekali gus membantu Eastana Farm menembusi pasaran lebih besar.
"Kami pula akan menyalurkan semua kepakaran, rangkaian perniagaan dan teknologi untuk menjayakan hasrat KUMB membangunkan lebih ramai usahawan dalam bidang penternakan, pemprosesan daging serta hasil ternakan," katanya ketika ditemui di Seremban.
Antara inisiatif di bawah usaha sama itu, katanya, ialah mewujudkan program kerjasama pintar bagi menyokong sasaran penubuhan lebih 50 kedai Daging Segar di seluruh negara tahun ini dengan keutamaan penyertaan kepada ahli koperasi berkenaan.
Beliau berkata, KUMB dan Eastana Farm juga akan melancarkan Program Usahawan Ternakan (PUT) dan Sistem Perladangan Kontrak Ternakan Feedlot yang membabitkan pelantikan pengusaha terpilih untuk menternak lembu secara sistem pawah.
"Langkah ini bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi terhadap daging lembu, sedangkan bekalan sedia ada jauh daripada mencukupi. Lembu yang diternak melalui sistem ini juga untuk bekalan kepada rangkai kedai Daging Segar yang disasar dibuka dengan anggaran keperluan purata 5,000 ekor sebulan," katanya.
Syed Shareezally berkata, gabungan KUMB dengan Eastana Farm dan Farm Fresh Industries adalah usaha sama strategik bagi menampung keperluan daging mentah di negara ini dan mengurangkan pergantungan kepada daging import yang mencecah nilai berbilion ringgit setiap tahun.
Katanya, potensi industri penternakan lembu amat tinggi kerana bekalan daging sedia ada tidak mampu menampung permintaan, menyebabkan syarikat berkenaan turut mengusahakan sistem perladangan kontrak di beberapa negara luar.
Rujukan sila klik di bawah ini:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20080427223402/Article/
Tekno Tani: Dua rakan gigih ternak lembu komersial
Oleh Ahmad Naim Tahir
POTENSI sektor penternakan lembu yang tinggi mendorong ramai menceburinya, ditambah pula pelbagai insentif disediakan kerajaan dalam bidang berkenaan untuk memenuhi permintaan terhadap daging dalam negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada produk import.
Peluang itu turut direbut dua belia di Negeri Sembilan, Syed Shareezally Syed Aualadali dan rakannya, A Halim A Rahman yang tidak mengendahkan semua tanggapan negatif dikaitkan dengan sektor pertanian.
Mereka berdua bertekad meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan untuk mengusahakan projek penternakan lembu secara fidlot.
Bukan saja menternak, mereka yang pernah bekerja makan gaji dengan organisasi ternama juga melakukan pemasaran sendiri daging proses melalui kedai konsep butik dinamakan 'Daging Segar' beroperasi di Taman Komersial Senawang, sejak Jun tahun lalu yang turut menjual pelbagai produk sejuk beku berasaskan daging.
Kedai berkonsep moden yang berhawa dingin, bersih dan selesa dengan konsep penjualan daging yang jarang dilihat di negara ini, kian mendapat sambutan bukan saja di kalangan penduduk sekitar Seremban, malah luar, termasuk Kuala Lumpur.
Mereka yang berkongsi usia 36 tahun menggunakan modal sendiri memulakan projek penternakan komersial lebih setahun lalu dengan memajak tanah terbiar penduduk kampung di Seri Menanti, Kuala Pilah untuk membuka ladang ternakan.
Rujukan sila klik di bawah ini :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20080424234544/Article/
8) PEMASARAN
Hasil ternakan dijual secara pukal, iaitu secara hidup kepada pelanggan, tetapi syarikat juga mempunyai pelbagai strategi pemasaran untuk menjual lembu proses (carcase) melalui perjanjian kontrak, runcit serta kedai Daging Segar yang berkonsepkan moden dan bersih.
Perjanjian Kontrak
Konsep pemasaran daging lembu kepada pusat peruncitan besar seperti pasar raya besar, hotel, restoran, pengendali dewan makan asrama sekolah dan universiti, pengusaha kantin sekolah, kilang, syarikat swasta dan sebagainya. Syarikat juga akan menyertai tender pembekalan ternakan sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan atau syarikat swasta seperti Bank Pembangunan Islam yang saban tahun memerlukan ratusan ekor lembu untuk disedekahkan kepada umat Islam di seluruh dunia.Runcit
Syarikat turut merancang menyediakan khidmat jualan daging runcit secara bergerak menggunakan kenderaan di kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi seperti konsep yang digunakan oleh penjual ikan, sayur, roti atau ais krim. Harga jualan adalah sama dengan harga pasaran runcit. Konsep ini dijangka mendapat sambutan berikutan kesibukan tugas pengguna pada masa sekarang untuk keluar ke pasar atas pelbagai faktor, termasuk kesesakan lalu lintas serta tempat letak kereta yang lazimnya amat terhad di pasar-pasar besar seperti Seremban.Kedai
Pembukaan kedai yang berkonsepkan moden dan ‘high market’ di kawasan tumpuan ramai, dilengkapi kemudahan lengkap dengan mesin-mesin, chiller, display chiller, ruang jualan berhawa dingin, kebersihan tahap tertinggi di premis serta produk-produk daging yang berkualiti dan menarik untuk jualan. Rujukan konsep kedai ini sama seperti kedai ‘Ayamas’ dengan ruang berkaca di bahagian hadapan premis, lantai yang berjubin serta konsep moden dan ceria untuk menarik pelanggan.Melalui konsep ini, hanya daging segar dijual kepada pengguna pada harga yang sama seperti di pasaran, selain produk daging yang sudah diadun untuk terus dimasak mengikut selera pengguna.
Kami juga menyediakan khidmat penghantaran daging segar terus ke pintu rumah pengguna bagi memudahkan orang ramai menikmati daging segar dan membantu suri-suri rumah yang tidak mempunyai kenderaan untuk keluar berbelanja. Sambutan yang di terima sehingga kini adalah amat memberansangkan.
9) PROGRAM USHAWAN TERNAKAN
PELAN PERNIAGAAN
Pemodal
- Tempoh kontrak pajakan ini adalah selama 36 bulan dari tarikh perjanjian dibuat.
- Pengagihan keuntungan dari Program Usahawan Ternakan (PUT) ini adalah berdasarkan kepada sistem mudharabah dengan nisbah 70:30 dimana 70% adalah bahagian Pihak Syarikat dan 30% bahagian Rakan Pengusaha. Rakan Pengusaha dibenarkan mengambil keuntungan itu pada akhir setiap tahun ATAU menerima pendahuluan keuntungan secara bulanan ATAU pada waktu lain yang dipersetujui oleh Pihak Syarikat dan Rakan Pengusaha (anggaran keuntungan bulanan antara 10-12% sebulan).
- Setelah tamat tempoh kontrak , Rakan Pengusaha akan menerima keuntungan yang tertunggak bersama pulangan ternakan atau boleh menukarkan ternakan tersebut dengan nilai wang mengikut harga pasaran pada masa itu.
- Rakan Pengusaha BERSETUJU bahawa pembelian balik ternakan hanya boleh dibuat sebelum 12 bulan dari tarikh penjualan.
- Rakan Pengusaha BERSETUJU selepas pembelian balik ternakan, pengagihan keuntungan akan diberhentikan selama tiga bulan dan anggaran 50%-75% dari pembiayaan asal akan dikembalikan selepas tiga bulan tersebut.
- Rakan Pengusaha BERSETUJU bahawa bagi tujuan pendaftaran dan pemprosesan maklumat, pembayaran keuntungan bulan pertama hanya akan dibuat oleh pihak syarikat diantara minggu kelima dan minggu keenam pada bulan pertama.
- Rakan Pengusaha BERSETUJU bahawa setiap pajakan minima 3 ekor lembu bersamaan RM3,000-00
Agent
- Untuk menjadi agent, anda perlu menanam kemasukan baru dan penambahan minima dengan gandaan RM3000-00
- Anda akan mendapat komisyen yang menarik bila memperkenalkan program ini. Aras 1 - 3% Aras 2 - 2% Aras 3 - 1% Aras 4 - 1% daripada jumlah pelaburan.
- Komisyen ini akan dibayar terus ke akaun bank anda setiap bulan selama 36 bulan.
- Bermula 16/3/2008 setiap ahli baru (kemasukan selepas 15/3/2008) perlu membuat personal sales sebanyak rm15,000.00 dalam masa 5 bulan untuk melayakkan ahli menikmati bonus selama 36 bulan.
- Bagi yang tidak berjaya membuat personal sales sebanyak RM15,000.00 dalam masa 5 bulan, ahli hanya akan mendapat bonus selama 5 bulan dari tarikh kemasukan.
- Keuntungan dari modal ahli tetap dapat seperti biasa.
- Tarikh tutup akaun bulanan adalah pada setiap 15hb.
- Tarikh pembayaran keuntungan dan bonus adalah di antara 7hb hingga 15hb setiap bulan.
Contoh :
Tarikh kemasukan | Tarikh bayar |
16hb feb - 15hb mac | 7hb - 15hb april |
16hb mac - 15hb april | 7hb - 15hb mei |
- Bermula 16/3/2008 sehingga 15/6/2008, setiap ahli yang berjaya membuat personal sales melebihi RM150,000.00, adalah layak untuk mendapat Imbuhan Kereta bernilai RM2,500.00 sebulan selama 36 bulan.
Langkah-langkah untuk menjadi pemodal:
- Anda perlu mendaftar sebagai ahli di www.east2trade.com - member sign up.
- Sila email ke jmkaya67@gmail.com kami akan mengemailkan borang ke email anda.
- Penuhkan borang-borang tersebut. Kosongkan ruang tarikh pada muka hadapan borang perjanjian. Tarikh akan ditulis mengikut tarikh perjanjian ini dimatikan setem oleh pihak syarikat. Tandatangan bahagian belakang serta dapatkan tandatangan saksi.
- Buat deposit terus ke akaun KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD seperti yang tertera di dalam borang deposit wang (Cek juga diterima dan dibayar atas nama KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD). Deposit minimum ialah dengan gandaan RM3000-00
- BANK IN ke akaun KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD - AMBANK BERHAD ( 212-201-200271-5 )
- Fotostat slip masuk bank, maklumat ahli dan borang perjanjian untuk simpanan persendirian
- Fotostat Kad Pengenalan dan buku akaun bank yang tertera no akaun dan nama pemegang akaun untuk tujuan kemasukan dividen.
- Faxkan maklumat butir ahli dan bank in slip ke no fax 06-6794251
- Poskan semua dokumen original ke alamat: 47-1, Jalan TKS 7, Taman Komersial Senawang, 70450, Senawang, Negeri Sembilan. Adalah lebih baik jika menggunakan pos laju atau pos berdaftar. Serahan tangan juga digalakkan.
- Jika ingin melawat syarikat, sila bawa borang-borang yang telah diisi dan berkunjung ke alamat seperti tertera di atas.